Lakaran Bangunan Bersejarah
Usaha awal menubuhkan Muzium Pendidikan Sultan Idris
telah diilhamkan sejak tahun 1950an lagi. Pada masa itu muzium tersebut digelar
muzium SITC, Muzium tersebut hanyalah muzium kecil yang hanya menyimpan
khazanah-khazanah yang berkaitan dengan pendidikan di SITC dan budaya
masyarakat Tanjong Malim. Pada ogos 1986, Kementerian Pendidikan telah
bersetuju terhadap saranan untuk menubuhkan secara rasmi Muzium Pendidikan
Nasional. Langkah pertama ke arah penubuhan muzium ini apabila Muzium Negara
telah membuat pameran pendidikan tersebut di Kuala Lumpur. Pada 31 julai 1983,
DYMM Seri Paduka Baginda Yang dipertua Agong iaitu Sultan Ahmad Shah telah
melawat Muzium MPSI untuk merasmikan perayaan Jubli Intan MPSI. Beliau juga
telah menyokong gagasan penubuhan Muzium Pendidikan Nasional. Muzium Pendidikan
Nasional ini juga, telah mengalami beberapa perubahan dari era Muzium SITC,
Muzium Pendidikan MPSI dan Muzium Pendidikan IPSI. Pada 26 Mac 1999,
Muzium Pendidikan IPSI dengan rasminya diserahkan kepada UPSI dan sekali lagi
mengalami perubahan menjadi Muzium Universiti Pendidikan Sultan Idris. Akhirnya
pada 26 Jun 2002 melalui kertas cadangan dan kata sepakat oleh pihak
Kementerian Pendidikan dan pihak Kementerian yang lain serta pihak UPSI, Muzium
Pendidikan Sultan Idris dengan rasminya telah dinaiktaraf menjadi Muzium
Pendidikan Nasional. Terdapat beberapa bangunan yang dipilih oleh pihak
kementerian untuk dijadikan bangunan bersejarah serta muzium, antara
bangunan-bangunan bersejarah, yang dikenalpasti untuk dijadikan Muzium
Pendidikan Nasional adalah:-
1. Bangunan Suluh Budiman
2. Bangunan Tadahan Utara SITC
3. Bangunan Tadahan Selatan SITC
5. Bangunan Rumah Pengetua SITC
6. Bangunan Rumah Tamu SITC
7. Bangunan Dewan Makan SITC
8. Bangunan Sekolah Latihan SITC
No comments:
Post a Comment