Sunday, 26 October 2014

Saturday, 11 October 2014

Latar Belakang Seni Arca




Sejarah Arca

 Arca yang paling awal dijumpai merupakan arca ukiran daripada gading, tulang, tanduk dan tanah liat. Arca ini dihasilkan oleh orang Aurignacian dan Magladenia pada kira-kira tahun 8000 S.M. Masyarakat zaman tamadun lama seperti orang Mesir, Yunani ,Mesopotamia ,China dan India turut menghasilkan beraneka jenis arca dengan menggunakan bahan-bahan yang berlainan. Pada zaman itu, arca dibina dalam bentuk figura manusia dan haiwan disebabkan fungsinya sebagai lambang yang berkaitan dengan sistem kepercayaan dan keagamaan.
            Michelangelo Buonarroti (1475 -1564) merupakan pergarca Itali yang teragung pada zaman pembaharuan Renaissance di Eropah. Selain itu, pengarca masyhur yang mula membina arca dalam bentuk abstrak pada zaman sebelum perang dunia kedua iaitu Henry Moore yang berbangsa Inggeris (1898 -1986) dan Alberto Giacometti (1966). Selepas perang dunia kedua bahan yang digunakan untuk membuat arca ialah batu marmar ,kayu gangsa ,bahan plastik nilon, fabrik dan bahan buangan lain.
            Berdasarkan sejarah arca di Malaysia arca tidak berkembang dengan meluas di Malaysia seperti catan. Pengarca yang membina arca estetika moden hanya muncul pada sekitar tahun 1960-an. Antara perintis pengarca tempatan yang terkenal ialah Anthony Lau, Latiff  Mohidin ,Syed Ahmad Jamal ,Lee Kian Seng dan lain-lain. Pengarca generasi muda yang aktif ialah Mad Annuar Ismail ,Raja Shahriman Raja aziddin ,Chin Wan Kee ,Wong Pei Yu dan lain-lain. Seterusnya,Baharuddin Mohd.Arus ,John Hii, Hasnul Jamal Saidon dan lain-lain ialah pengarca-pengarca yang tertarik kepada pendekatan elektronik dan multimedia. Antara taman arca yang teristimewa di Malaysia ialah di Laman Asean yang terletak berhampiran dengan tugu Peringatan Kuala Lumpur. Enam buah arca di Laman Asean merupakan kreativiti pengarca dari Indonesia, Filipina, Brunei Darussalam, Negara Thai, Singapura dan Malaysia sempena menyambut ulang tahun ke-20 penubuhan Asean.
            Antara arcanya ialah yang bertajuk ‘Pertumbuhan’ (1987) dibuat oleh Syed Ahmad Jamal dari Malaysia yang menggunakan batu marmar putih dan menglibatkan teknik binaan. Seterusnya arca yang bertajuk ‘Harmoni’ oleh Dalorasa Sinaga dari Indonesia yang menggunakan bahan konkrit tetulang dan teknik binaan, ’Kemajuan’ oleh Itthi Khong Khakul dari Thailand yang menggunakan paip keluli bebas hakis dan konkrit dan teknik binaan, ‘Tarian Asean’ oleh abu Bakar bin Abdul Rahman dari Brunei Darussalam yang menggunakan kepingan batu marmar, keluli dan konkrit dan teknik binaan dan ‘Borong-Borong’ oleh Jerusalino v.Aroas dari Filipina yang diperbuat daripada keluli bebas hakis, kayu dan kaca yang menggunakan teknik binaan dan asemblej serta ‘Menuju Keamanan’ oleh Han Sai Por dari Singapura yang menggunakan batu marmar dan konkrit yang melibatkan teknik luakan dan asemblaj.


Karya Arca Gantung oleh : Anassuwandi Ahmad

Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak dan biasanya terawang-awang. pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. mobail ini digantung di atas syiling. arca ini dipelopori oleh Axender Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerakannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-awang.

The circle


Trap Series #2


Trap Series Bubu #2



Karya Arca Awam oleh : Ramlan Abdullah

Seni Arca Awam pula boleh dimengertikan sebagai sebuah hasil seni yang diletakkan di ruang terbuka. ianya merupakan satu bentukan seni yang berfungsi dalam dimensi ruang yang menyeluruh. Ianya berlatarbelakangkan ruang persekitaran. kegiatannya lebih tertumpu di luar sisitem galeri, penghayatannya lebih bertumpu kepada masyarakat secara terbuka, bersifat kekal dan mementingkan keperluan tertentu untuk memastikan kewujudannya bersesuaian dengan faktor cuaca, keselamatan dan penyelenggaraan.

Wahdah

Sculpture Celebration Of Sarawak


Still Standing


Karya Arca Stabail : Jean Tinguely

Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. bahan atau bahagian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang. rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunaka bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap, atau pintu syiling. bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantumkan menjadi satu kesatuan objek membentuj satu konsep yang bermakna. teknik penghasilannya adalah kimpalan, binaan, cantuman skru, paku atau gam.

Mechanical Sculpture


 Narva


Tricycle


Karya Arca Timbulan

Arca timbul adalah arca yang terkenal sejak zaman dahulu ianya boleh didapati di dinding-dinding gua dan bangunan-bangunan keagamaan. berbentuk tiga dimensi yang tesembul keluar dari permukaan. ia boleh dihasilkan secara acuan, tampalan, binaan atau asemblaj.




Karya Arca Instalasi

Arca Intalasi (pemasangan) merupakan bahagian-bahagian berasingan yang dicantum, dipasang atau disusun menjadi satu. kedudukan bahagian mungkin terpisah kerana mementingkan ruang di tapak pameran.




Arca Replika




Proses Penghasilan Karya



ALAT DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN

Pensel

Tukul

Papan

Spray Clear

Cat Akrilik

Cat Air

Berus

Silicon Rubber

Thinner

Paku

Tanah Liat

Plaster of Paris

Kayu

Pembaris

Carving Tool



PROSES PENGHASILAN ARCA

Selepas selesai menukang kayu menjadi saiz 6x6 inci, saya memasukkan tanah liat ke dalam ruang tersebut




Masukkan sedikit demi sedikit untuk memenuhkan ruang tersebut untuk mengelakkan berlakunya lubang angin

Setelah selesai dan tanah liat menjadi kering, proses membuka boleh dilakukan untuk melihat hasil tanah liat yang telah siap.


Setelah itu, tekap gambar pada tanah liat tersebut kemudian buat garisan untuk memdapatkan bentuk seperti dalam gambar.

Proses luakan boleh dilakukan sedikit demi sedikit 


Proses ini perlu dilakukan berulang kali untuk menampakkan untuk menujukkan perbezaan antara ruang hadapan dan juga belakang.



Selepas mendapat ruang depan dan belakang yang diinginkan, buat garisan untuk menampakkan rupa yang sebenar





 Hasil tanah liat / master moule yang telah siap

PROSES MENGHASILKAN ACUAN/ MOULE


Thinner perlu dicampurkan sedikit dengan silicon rubber supaya silicon rubber boleh meletak pada bahagian celah-celah dan kecil.




Ratakan silicon rubber pada seluruh tanah liat untuk mendapatkan permukaan yang rata







Hasil yang telah diratakan tadi 
Setelah kering bukak perlahan-lahan untuk mengelakkannya pecah

Ini adalah hasil moule yang telah siap

PROSES MENGHASILKAN MOTHER MOULE

Bancuh Plaster of Paris ( POP) dengan air




Letakkan Plaster of Paris secara berputar untuk membiarkan POP di dalam air sekata














Setelah mendapat 1/3 POP daripada air tersebut, kacau POP dengan menggunakan tangan untuk membuatkan POP tersebut larut.

Setelah itu, tuang POP ke dalam acuan untuk membentuk mother moule



Hasil POP yang telah dituang ke dalam acuan untuk membentuk mother moule tadi


Setelah kering, inilah hasil mother moule dan juga moule yang telah digunakan tadi

PROSES MENGHASILKAN POP

Untuk mendapatkan karya daripada POP langkah yang sama perlu dilakukan iaitu membancuh POP dengan menggunakan air.


Masukkan POP secar berputar untuk membuatkan POP tersebut sekata



Setelah mendapat 1/3 POP daripada air tersebut, kacau POP dengan menggunakan tangan untuk membuatkan POP tersebut larut.


Setelah itu, masukkan POP ke dalam moule untuk mendapatkan hasil karya yang menggunakan POP






Tunggu sehingga kering, untuk mendapatkan hasilnya

Lakukan berulang kali untuk mendapatkan hasil yang lebih banyak

5 POP yang telah dihasilkan

PROSES KEMASAN






PROSES MEWARNA








Spray clear digunakan untuk mematikan warna dan menampakkan karya lebih berkilat