Saturday, 20 December 2014

Karya Akhir Perak Man

KARYA AKHIR PERAK MAN






Proses Penghasilan

ALAT DAN BAHAN


Paku


 Pisau


Kayu


Papan


Playar

 Pahat


 Tanah Liat


Tukul


Carving Tools


 Plaster Of Paris (POP)


Pembaris


Sarung Tangan


Ladong Timah


 Gas


Lighter


PENGHASILAN WAJAH PERAK MAN


Tanah liat yang dicampurkan dengan silicon rubber




 Tanah liat ini perlu diuli terlebih dahulu untuk mengeluarkan angin daripada tanah liat tersebut.

Tanah liat yang bercampur silicon rubber akan lebih lembik dan kenyal berbanding tanah liat yang biasa. Oleh itu, sebelum membuat karya, Tanah liat perlu dicampurkan dengan serbuk tanah untuk mendapatkan hasil yang lebih mudah untuk membuat karya.





Langkah-langkah yang dibuat dalam penghasilan miniature Perak Man yang telah dibuat adalah bahagian mata dan juga hidung.





 Wajah Perak Man yang separa siap yang telah terdapat mulut dan juga telinga pada arca ini.




 Setelah itu, bahagian rambut ditambahkan untuk membuatkan wajah Perak Man kelihatan lebih menarik.


Hasil Perak Man yang telah siap dihasilkan.


 Acuan berbentuk kotak perlu dibuat terlebih dahulu.


 Masukkan arca ke dalam kotak tersebut,  sebelum memasukkan POP untuk membuat acuan bagi menghasilkan wajah Perak Man dengan menggunakaan timah.


Kemudian, bancuh POP dengan jumlah air yang secukupnya untuk dimasukkan ke dalam acuan yang telah dibuat.






 POP yang telah siap dibancuh dan perlu dimasukkan ke dalam kotak acuan.






Tuangkan POP ke dalam acuan secara perlahan untuk meratakan POP disekeliling ruang dalam acuan tersebut. Tuang POP sehingga menutup wajah Perak Man.



 Hasil POP yang telah siap dituangkan ke dalam acuan. POP dibiarkan sehingga kering sebelum kotak acuan dibuka.


 Setelah POP telah kering, acuan tersebut telah dibuka untuk mendapatkan hasil acuan tersebut.




Ini adalah hasil acuan yang telah siap dibuka, pada tengah-tengah POP tersebut terdapat tanah liat yang kelihatan.



Bakar tanah liat menggunakan api dengan suhu yang tinggi supaya tanah liat tersebut terbakar dan menjadi abu.


Hasil acuan yang telah siap setelah tanah liat di dalam acuan tersebut dibakar. Terdapat kesan wajah Perak Man dalam acuan ini.





  Setelah acuan wajah Perak Man selesai, ladong timah perlu dibakar dan dipanaskan supaya ladong tersebut cair dan dapat dimasukkan ke dalam acuan tersebut.


Ladong timah yang telah cair dituangkan ke dalam acuan.


Ini adalah hasil ladong timah yang telah dituangkan ke dalam acuan dan  telahpun kering.





Hasil POP perlu dipecahkan untuk mendapatkan wajah Perak Man yang menggunakan ladong timah.



Hasil wajah Perak Man yang telah dikeluarkan daripada acuan POP.


Wajah Perak Man yang telah dikemaskan dan dicuci untuk menghilangkan kesan POP yang melekat pada wajah Perak Man.